Tuesday, November 11, 2008

scAm jOb


erm...time tuk rehat minda, selepas 3 jam bertempur d dewan keramat wdk33. dalam dok rehat2 ak pn membuat aktvt kebiasaan iatu lompat dari blog ke blog..mencari ilmu yang pengetahuan secara percuma..hehehe...

tgh Ak dok cari2..ak ternampak cerita mengenai scam job melalui satu blog tu..terpikir la jgk pe 2 scam job..ak pn tnye la wan..al maklum la pkataan omputih ni ak kurang sket..huhuhu.."scam ni cam kotor la kot" kata wan dalam dok kemas2 brg nk g ujian cre 2..hurm lau cam 2 scam job 2 keje kotor la ek..lebey kurg la kot..asalkan mksud die perbuatan x baik...hahahahaha...

hermmm..golongan yang sering menjadi target scam job adalah terdiri daripada pelajar dan penganggur..metodologi yg mereka guna adalah sama iaitu kalian perlu membayar sejumlah wang terlebih dahulu sebelum menerima tugasan.

pic meeting bi

kepada para pelajar dan mereka yang ingin mencari kerja, diingati lah agar berhati-hati, kerana kita berniat murni nak bekerja, sanggup berkorban apa sahaja, tetapi akhirnya ditipu oleh syarikat yg tamak dan kejam ni. korang boleh pergi ke link ini untuk rujukan, How To Fight Against Scam.

bila baca mengenai scam job, ak teringat kepada MLM, seperti Luxor dan lampe berger. .Kedua-dua syarikat ini mengamalkan MLM untuk pemasaran produk mereka, tapi kebanyakkan daripada mangsa yang terjatuh dalam MLM adalah terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai skil pemasaran. Mereka terasa ditipu walhal diri mereka yang bersalah kerana tidak bersungguh-sungguh membuat promosi. Untuk berjaya dalam MLM, masa dan tenaga perlu dikorban kerana kita perlu menarik orang lain untuk menjadi downline. Namun, strategi yang dipakai oleh sesetengah pelajar seperti memaksa membuatkan MLM mula dipandang sebagai aktiviti Scam. Harus aku tegaskan disini bahawa MLM bukan scam, namun bagaimana kawan2 kalian membuat pujuk rayu ketika mempromosikan MLM adalah scam.

strategi yang dipakai dalam MLM adalah sama, iaitu menunjukkan kemewahan diri sendiri atau orang lain untuk membuat kalian berasa cemburu, lalu melibatkan diri dalam MLM. Kadang-kadang aku terfikir, apakah mereka ini memang tamak atau tersangat bodoh dengan realiti dunia? You can’t gain anything if you don’t do anything.

Aku akui, ramai orang berjaya dengan MLM, mereka memang mempunyai kesungguhan dalam bidang ini, dan mencapai hierarki yang tinggi dalam sistem MLM. Tapi, ramai juga terkandas kerana x memahami skil dan method terbaik untuk menjayakan program MLM ini. Ada kawan aku yang berjaya dengan Luxor, namun dia terpaksa melepaskan pelajaran kerana x mempunyai masa.Ini kita panggil sebagai Opportunity Cost iaitu kita mesti melepaskan sesuatu untuk mencapai sesuatu. There’s nothing in the world that we would gain everything.

tetapi ak xsekat kepada sesiapa yang nk berjaya dalam MLM ini, kalo yakin teruskan..pepatah pun ada mengatakan, "gengam bara api biar sampai jadi abu" . ak pernah dengar, kawan ak da ckp semasa die promote luxor..kalo nk berjaya ikut la cara org yg berjaya, tetapi bila ak tgk org yg berjaya dgn luxor, (xsuma tp kebanyakan)mgkin die berjaya dgn mengumpul duit, tetapi duit itu juga buat die lemas dalam mainan dunia. lalai dan leka...

dan lebih parah da kawan ak, yang main luxor sehingga terabai pelajaran, kena repeat paper, tp luxor plak xmenjadi. Jadi kepada sesiapa yang xyakin 2, just stand on ur ways la (belajar)..ak rasa org yg berjaya adalah org yg berilmu, jadi belajar la utk masa skg. Islam juga mengajar umatnya utk bersederhana (xyah pikir ngat nk kaya raya).

Sebut pasal kaya, ak rasa ak lebih senang hidup bersederhana. Hidup bersederhana buatkn kita tidak meminta2. Itu pendapat ak la, sebab family ak pnh berada dikelompok kaya, pnah berada kelompok miskin, penah juga berada di kelompok sederhana.

1 comment:

puripuri said...

nk duet skeping....

xpon blnje mkn mcD skali..